Wednesday, November 16, 2011

same examination , different people !

teringat zaman dahulu kala apabila menunggu nama dipanggil oleh guru dengan penuh debaran. kadang kala terlintas juga difikiran ini, adakah nama aku akan dipanggil ? ada ke dalam senarai tu ? heee, itulah pengalaman yang sudah dua kali dialami oleh put. sekarang sudah tiba pula masanya untuk adik put pulak yang mengalaminya . setakat upsr je kot :) hee, wish you all good lucks esp to my 'beloved' sister :) good luck babe. just be cool and pray for your success (dah lepas memanglah senang cakap !) 


Tuesday, October 4, 2011

goodluck to pmr candidates :)

kepada mereka yang sedang menduduki peperiksaan pmr , semoga berjaya menjawab kesemua mata pelajaran yang telah anda ambil :) gerun tak masa first day ? terkenang pulak masa tahun lepas . pelbagai ragam ada :) okey laa, wish you all goodlucks and don't forget to pray ! pray for your success :)

adam azman :) pmr-ians
haris azmi :) goodluck !
farzana katriya :) answer with big smile !

Sunday, September 4, 2011

selamat hari raya :)

assalamualaikum :)

minta maaf sebab hari ni baru sempat mengupdate blog yang tercinta ni . yelah , memanjang beraya kan ! walaupun bunyinya macam dah terlambat nak ucapkan selamat hari raya pada 6 syawal ini , saya tetap nak berucap jugak :) saya disini ingin memohon maaf sekiranya pernah buat salah atau kadang-kadang tu terbuat salah . yelah, mulut ni pun kadang kala terlaser jugak . cakap main hembus je, bukan nak fikir dulu . kepada anda anda yang tengah membaca blog ini , sudi-sudikanlah memaafkan diriku yang serba kekurangan ini :) sebab saya sudah pun memaafkan anda semua . heee. selamat hari raya aidilfitri !! maaf zahir dan batin . esok jangan tak pergi sekolah pulak ye :)




Sunday, July 31, 2011

selamat menyambut bulan ramadhan !


selamat hari raya ! eh , belum lagi lah . selamat berpuasa buat seluruh umat islam . 


selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak tahun ini
dengan penuh keikhlasan dan ibadat kepada Allah s.w.t.
jangan lupa solat tarawikh :)
(pinjam ayat orang :)


Malaysia vs Singapore

huru-hara sekolah bercerita mengenai bola . yang sebelah sana bercerita pasal lakonan yang bertaraf antarabangsa lah. yang sini bercerita pasal khairul fahmi lah. yang kat atas bercerita pasal mamat ni tak habis nak jatuhjatuh lah. memang gempak punye !! walaupun malaysia kalah dengan aggregate 6-4, tapi mereka kalah dengan maruah . memanglah rasa tersentap tu ada, tapi kalau fikirfikir balik baik kalah daripada menang dengan cara yang macam tu kan kan. reda je lah , insyaallah ada hikmah di sebalik semua ini. mana tahu nanti lagi beberapa tahun akan datang , malaysia dapat masuk world cup pulak kan . siapa tahu kalau dah rezeki masa tu ? amin :)

Sunday, July 24, 2011

senai airport dah makin maju ;)

wah wah wah , airport dekat senai ni dah makin maju tahu . ke aku yang dah lama tak pergi sana ? heee , memang dah sepuluh tahun pun tak menjejakkan kaki kat sana . almaklumlah jauh sangat , kite ni duduk dekat tengah-tengah bandar :) dulu orang kata airport senai tulah tempat yang paling boring nak pergi sebab takde pape pun dekat sana . TAPI sekarang hohoo bukan main maju dah . dah macam shopping complex dah kalau sekali tengok . sampai ada secret recipe, mph, body shop, marrybrown, al-ikhsan dah. dulu-dulu mana ada bende alah macam ni . sekali tengok dah macam cs . tapi tak sesesak cs lah :) well, semalam baru pergi . tu yang nak cerita sikit ni . masuk masuk je semua jakun . macam orang hulu masuk bandar :D tapi yang paling gempak masa tengah jalanjalan menjelajah airport tu , ternampak kelibat sepasang suami isteri yang macam pernah tengok . rupa-rupanya ! ustazah siti nor bahyah dengan suami dia , ustaz wan akasyah . alah, yang pengacara semanis kurma tuh . tapi tak sempat nak salam pulak :( sweet je dieorang jalan together. awwwww :)

ni haaa ! 
lepas ni siapa yang tak berkesempatan nak pergi airport , jom kita buat lawatan pergi sana :) jomm !!

Sunday, July 17, 2011

harap maaf .

saya sebagai pemilik blog ini ingin memohon maaf kerana sudah lama tidak mengemaskinikan blog ini. setelah semuanya kembali berjalan dengan lancar , blog ini akan diupdate seperti biasa . harap maaf :( hee

Sunday, July 3, 2011

mari kita , mari kita

salam :) semalam ada larian 1 murid 1 sukan . alahhh , yang buat serentak satu malaysia tuh . tapi macam tak serentak je .heee , mula-mula jelah jalan sama-sama , lepastu terus kene tinggal . huaaa , orang semput memang selalu kena tinggal hihihihi :) yang setia menemaniku hanyalah cik deana dan cik tebu . fuhhh even 1.5 km , tapi wa cakap sama lu memang penat dohh . lepas itu ada hari usahawan . ingatkan boleh lah turun sikit berat badan ni kan , tapi hampehh . pantang nampak makanan . tambah pulak dengan si deana ni yang teman :) mari makannn !!! nak balik , kene tahan dengan pak guard . so , terpaksalah balik pukul 12.30 (waktu asal) 


lepastu lepastu lepastu , ada kenduri dekat rumah sue . alah yang dekat jalan rubi tuhh :) makan laagi ? ehhh , rezeki jangan di tolak ! heee , dah lah datang datang je jadi tumpuan . malu mak nyahhh ! mana taknya , datang tepat tepat time orang tengah tahlil . hahahhaa . buat muka tebal sudah . sementara menunggu giliran untuk menghiburkan perut , sempat pulak si deana ni ajak buat origami . tak ke sengal ? haha , masa itu kan emas :) dekat sini jumpa banyak baby . comeeeellllll :) 




uncle , saya letak gambar anak uncle eh ? comel sangat lah :) nama die adam . die tidur punyalah lena . statik je reen tengok . start drpd kene baringkan sampailah die terjaga sendiri heee . siap dapat baring atas bantal love love lagi taww . mesti handsome budak ni kalau dah besar :) 

Saturday, June 25, 2011

hari sukan ..


alahai , ini kalau dapat baring memang sedap . skru-skru yang ada pada kaki pun dah nak tercabut dah . okey , tahun ini punya hari sukan tak berapa nak meriah lah . yang datang pun tak ramai . lagi menyedihkan bila rumah merah dapat nombor 3 . huahuaa.. TAHNIAH kepada rumah biru sebab telah dinobatkan sebagai juara pada tahun ini. next , formation untuk ninja pun okey okey je kot sebab ada masalah teknikal . so , kena buat balik dari start from the start . huuuu . tapi tak pe sebab ni mungkin ujian daripada Allah yang nak duga kite semua . insyaallah tahun depan punya lagi meriah dan lagi best ? siapa tahu kan ?? amin.. jadi setakat di sini sahaja cerita saya untuk hari ini . sekian , assalamualaikum :)

Thursday, June 23, 2011

oh penat !



semalam merupakan raptai sukan di stadium . ohhhh , sangat memenatkan ! sampai je , kene tunggu budak ec habiskan dieornag punya sports day :) then , masa raptai tuh , kene bagi laluan sekejap dekat budak athlets untuk acara sebelum sukan . ninja's formation dah nak hujung-hujung jugak , so kene tunggu . amik giliran dulu ! Hahahhaha . masa raptai senpai ada datang dengan kak anna :) kira raptai ni ok lagi daripada raptai dekat sekolah . raptai kat sekolah start pagi . buat raptai sampai dua kali . petang pulak ada training . memang superb la !? kiranya berkorban demi hari sukan , yelah hari sukan pun setahun sekali je kan :) sesiapa yang nak datang , kami alu-alukan . sabtu (25.06.2011) , pagi , stadium larkin. :)


!!GO RED HOUSE GO !! :)

Tuesday, June 14, 2011

results :/


result ? keputusan ? mid-year exam ? dapat berapa ? keputusan kali ini agak teruk :( itulah , siapa suruh main-main. mak suruh belajar , online je keje. nak menyesal pun dah tak guna. nasi sudah jadi bubur . tapi alhamdulillah semua lulus :) okey lah tuh . nanti akhir tahun punye , saya struggle betul-betul ! dah tak boleh nak main-main dah . tahun depan dah nak form 5 , haishhhh ! nak cakap result kali ini teruk , tak la teruk sangat cuma takde banyak peningkatan lah . kita usaha lagi selagi ada masa ni . usaha itu tangga kejayaan ..s.c.a.r.y.. physics, tomorrow come to mama dear ?!

luahan hati seorang pelajar . 

Sunday, June 12, 2011

esok dah sekolah !

salam semua :) dengan ini saya umumkan bahawa esok cuti ! haaaha , kalau nak cuti , sila amik mc sendiri yopp. cuti selama 2 minggu yang bakal berakhir ni xde benda yang menarik pun berlaku . rutin yang sama je cik asyik buat . bangun makan tidur. haa, tipu lah . masa first week hols tu malas malas sayang nak buat homework . asal nak buat je , nantilah lapar pulak. terus tutup buku , huaahuaaahuaaa ! pemalas punye budak :) bile hols dah nak habis baru terhegeh-hegeh nak buat . tak macam huru-hara pulak kan dibuatnya . serabot otak . tulah lain kali sediakan payung sebelum hujan. okey, stop !! believe it or not , tadi baru nak buat karangan bm dgn math mode ==' sorry cik suhaila & puan zubaidah . ceyh , ada aku kesah ? heee, saja je nak bagi tahu . sharing is caring , caring is loving :) see how i have done my 'terbengkalai' works :D



sebelom = buku karangan yang kosong 

selepas = buku karangan yang dipenuhi :)

Monday, June 6, 2011

sweet time with siblings :)


say hello to budak tembam :) muahhh, tadi dapat jalan jalan . macam kanak kanak betol lah. hee, best jugak jalan dengan adik beradik . bukan jalan jalan dalam rumah ye :p atas permintaan seorang budak , kami tengok wayang :) cerita kungfu panda 2 3D . boleh tahan best jugak lah. suke tengok panda tu . die cute timee die baby . 'inner peace'. then, jalan dan jalan dan jalan dan jalan dan jalan dan jalan lagi. berapa banyak jalan daa?! pak cik , jangan tengok saya macam tu boleh tak ? takut laa. saya ni bukannye artis atau model ke. tak payah laa tengok saya ni macam nampak alien ==' . errr , okey lah. tuan puteri natasha nak menghadap lappy ni pulak ;) insyaallah, jumpe esok :) salam.

seee ? awalkan kiteorang pergi :)
sorry, tak banyak gambar. malas nak tangkap sebenarnya :D

Sunday, June 5, 2011

boring holiday

bila sekolah nak start ? boring betul lah duduk terperap dekat rumah ni. biasanya memang macam ni lah lumrah hidup seorang pelajar . bila cuti sekolah, tak sabar nak pergi sekolah. bila hari sekolah pulak, dok tanya bila lah nak cuti sekolah :) haishhh, memang lumrah hidup betul . jom la jalan jalan ke , makan angin ke , pergi LONDON ke ?? haahaa , kalau duit ada takpe jugak. ni pun mintak duit drpd mak ayah . hee :) selamat bercuti semua . manfaatkan lah masa seminggu yang tinggal ni :)

Friday, May 20, 2011

thankies


yes , i can do it :) fyi, i can face it too :D

terima kasih sahabat :
kerana sentiasa ada bila saya sakit .bantuan yang kalian hulurkan amat berharga :)


terima kasih mama,ayah :
kerana terpaksa bersusah payah ketika saya sakit .sanggup datang ke sekolah semata-mata untuk saya :')


terima kasih cikgu :
kerana sedia membantu saya yang sakit sewaktu peperiksaan dijalankan .sedia stayback menunggu saya habis amik paper 2 :D


terima kasih ......... ?

Sunday, May 8, 2011

selamat hari ibu :)

muka penat ;)
adik-beradik ke ? ye ? tak lah , ini ialah ibu reen :) tak percaya ? percaya jelah , haha. nampak macam adik beradik kan . memanglah , sebab mama muda lagi . insyaallah tahun ni , beliau  akan menyambut ulang tahun yang ke 40 :) beza 24 tahun je kot . kalau jalan jalan , orang mesti ingat kami ni adik beradik . dah lali dah telinga ni dengar , tak kesah pun . bangga apa ada mak tapi macam siblings . tak gitu ;) haha, mana taknye , anak beliau ni lagi tinggi daripada beliau . woot woott . beliau merupakan ibu yang paling hebat . kalau tak , tak lahirlah anak yang bernama puteri nurqamarina ni , hee :) bangga mak, nyah . hari ini hari ibu kan ? selamat hari ibu , mama :') pengorbanan mama memang tak terbalas kalau nak dibandingkan dengan apa yang telah reen lakukan untuk mama (sambil menyanyi lagu buatmu ibu ) :( ibu, bergenang air mataku . terbayang wajahmu yang redup sayu..... okey , tak mau sedih sedih . semoga anda semua gembira di sisi ibu yang tercinta :)  ibu, ibu, engkaulah ratu hatiku ;)

Thursday, April 28, 2011

my girl

nampak tak budak yang tengah dok peace peace tu ? cantik kan ? memang cantik :) dia akan berpindah ke kelantan . akan ? salah salah , dia sudah pun bertolak ke kelantan petang tadi . huaaaaaaa :( siapa yang tak sedih bila kawan baik tinggalkan kita ? bukan pindah dekat dekat tapi nun di utara sana . sedangkan kita ? nun di selatan ni . ummmiiii , nak saffa' balik :') nanti jangan lupa calling calling taw . yesterday night was the best dinner ever :) i miss you more saffa' :) persahabatan kita tak akan pernah terputus walaupun berada di utara mahupun selatan . ceyh , dah mula dah tu . hee , all the best pinkky girl :)

Tuesday, April 26, 2011

thanks :)



terima kasih kawan untuk entry tersebut :)
kau still ingatkan kiteorang walaupun dah tak sama kelas macam dulu :(
aku doakan kebahagiaan kau okey (!)
kumbang bukan seekor kan ?
(itu ayat yang kau ckp dekat aq okey :p)

tapi kau punye statement tu macam lain sikit ;)



i miss my phone :'(
i miss my little greeny phone :(
i miss you :?

Sunday, April 10, 2011

such a nice guy :p

GRRRR !

how could you call me 'akak' ?
i'm sixteen okey :)

it supposed to be me , calling you 'abang' ^_^
dear twenty years old 'abang' ..

(lepas ni kalau den jumpa hang lagi , hang panggil den akak , memang nak kene :p)

Thursday, April 7, 2011

selamat jalan ^-^


berhati-hati di jalan raya esok.
semoga selamat pergi dan selamat sampai di sini semula :)
kepada :
suriani,adillah,aisyah,hasanah,eira,rara,
ninja's member,dan semua peserta kem ups.
^_^
yang pergi untuk mpo, 
behati-hati jugak.
maen gamelan tu betul-betul :)



act nak pergi jugak , tapi ...... ^.^ hee

aku nikahkan dikau :)

terima kasih kerana telah menceriakan petang yang sangat memenatkan :)
haha , korang memang sempoi , like you girls . siapa lah yang plan akad nikah ni haa ?
x pasal pasal cik kene jadi tok kadi . perempuan bole jadi tok kadi ke ? ni main main jela . jangan serius sangat meyh . hee :)

gelak tawa :-

tok kadi : bismillahirrahmanirrahim . aku nikah dikau ............ (pengantin lelaki)- nama dirahsiakan :) dengan sumalee mongkhonwisut@nur deana bt jamaludin dengan mas kahwinnya , 27 ringgit 51 sen tunai . 
pengantin lelaki : *dengan nervous dan terujanya menjawab aku nikahkan dikau , ehhh? :p
tok kadi : apa pasal hang nak nikahkan aku dengan pengantin perempuan pulak ? kau yang sepatutnya nikah dengan dia :) hahha 

tak ke bengong macam tu ? haha , rileks la dher , tahu la x sabar nak nikah . x payah la sampai nak nikahkan tok kadi pulak . aisehh mann . heeeee :)

lakonan mengejut ini dianggotai oleh :

  • puteri nurqamarina sebagai tok kadi
  • suriani sebagai pengantin lelaki
  • nur deana sebagai pengantin perempuan 
  • laila fadhillah sebagai saksi
  • nor atilyana sebagai juru kamera
  • nur zahirah filzah sebagai penonton/saksi
  • nur shahirah sebagai mak andam
terima kasih korang , memang berdekak . dah lah dekat surau , nasib baik xde orang :)

Sunday, April 3, 2011

aa


i'm so sorry .
kalau marah cakap lah , jangan macam ni.
sorry sorry sorry aa :(

terima kasih !!

peristiwa 02.04.2011 :


@ pibg & anugerah kcemerlangan -
     okey lah . dapat jumpa acen , uyah , hazira , syifaa :) syifaa dah tinggi . haha. naik pentas 2 kali :p




@dcm -
    thanks korang :) nak beli air konon , haha . sampai main-main . aizie , sabar ea nnti kite try amik kude hitam tu :p congrats tiya , haha . hello kitty punye pasal . 










terima kasih <3

Thursday, March 24, 2011

congrates :)

congrates !!
kepada semua yang dapat result cemerlang :)

credits to haziq :
anda memang pandai .
tak nak turunkan ilmu tu dekat reen ke ? 
hee :)

Saturday, March 19, 2011

todays :)


i'm lovin' it . haha , tadi tengok movie beastly :) hero die boleh tahan hensem laa jugak . apa eh nama mamat tu . haa , alex pettyfer . tapi pi tengok movie ber-empat je. thanks to deana , atiqah and last but not least my 'twin' katriya . paling best bila asyik nak gelak je kojo reen dengan twin . 'kita bakor je' itulah tagline kami untuk gelak *sapo yang tengok hantu kak limah balik rumah tahu la apo kebendo yang kami gelakkan tu. tiba kat cs dalam pukul 12 then tunggu ketibaan 'anwar hadi' (haha) . lepas tu , menonong naik pergi cinema beli tiket beastly yang start pukul 2.00 . untuk menghabiskan masa yang terluang , jalan-jalan dekat inner city . cari present tapi hampeh tak jumpa . lepas habis movie , pi kotaraya nak beli refil pen *semata-mata . dah tuh , ape lagi patah balik gi cs . tak ke penat begi orang yang semput nih . sesampainya di cs semula , terus pergi jco sebab dah tak larat lagi . abang , senyum la sikit . terbantut selera makan saya tahu . dah beli jco , beli mcd la pulak . haha, akhir sekali ayah atiq datang menjemput kamikami ni . terima kasih uncle :) have a great day today ! tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii , homework reen x siap lagi . huaaaaaaaahuaaa . 



tak ape , insyaallah boleh siap la esok . esok ? hee , okey hw dah menunggu ni . selamat malam semua :)

Wednesday, March 16, 2011

luahan hati apabila kebosanan .

assalamualaikum :)
okey , malam malam macam ni memang boring gila sebab tak tahu nak buat ape . so , any suggestion ? seriously, memang boring walaupun tadi baru je habis buat karangan . dengan facebook nye yang memang macam tuuuttt , dah tiga empat hari jugak lah , lambat betul benda alah tu nak loading . nak keluar , x kan la anak dara nak keluar malam malam macam nie, x gitu nye yop ? x manis orang tengok aihh .so, dekat sini jela boleh melepaskan kebosanan yang kian bertamu di hati ni . emmm , mengenai tajuk entry ni , konapo ye ? begini lah , ada makhluk Allah ni , subhanallah memang annoying gila . reen pun tak tahu lah macam mana nak terangkan lagi . eh , tak baik bergosip . sudah sudah , jangan dilanjutkan lagi cerita ni , karang free free jo dapat dosa .


 kita cerita pasal benda lain pulak ye ? hee , anda semua mesti ada yang baru lepas exam kan ? jadi , macam mana dengan result , okey tak ? tak apo aihh , reen paham sebab reen pun mengalami situasi yang samo .maklumlah , baru masuk ke tingkatan empat , jadi semuanya dah berbeza . bagi mereka yang dapat result yang memberangsangkan , tahniah reen ucapkan . bagi yang resultnye senasib dengan reen *resultnya dirahsiakan , hak milik kerajaan :), tak apo , kita boleh usaha lagi . bak kato orang putih , 'failure is the mother of success' . kan kan ? jadi , jangan la bersedih sangat , nak bersedih boleh , reen tak larang cuma kalau sekali kita gagal , tak bermakna yang kita akan gagal untuk selama lamanya .

Monday, March 14, 2011

saya pelajar tingkatan 4

assalamualaikum :) baiklah , kenapa tajuk entry ni macam tu ? sebab saya memang pelajar tingkatan 4, hee. sebenarnya , tadi saja-saja  blogwalking , then terjumpa yang BPM (blog pilihan malaysia) ada anjurkan satu segmen ni khas untuk pelajar sekolah . dengan hati yg terbuka , reen pun nak join segmen tu . saja nak mencuba :)

                                                  http://blogpilihanmalaysia.blogspot.com/

yang tertera di atas ini adalah link untuk BPM . kalau korang tergerak hati ke nak join apa salahnya , dialu-alukan lagi . tekan sahaja link yang tertera tu . lagi ramai , lagi meriah. tak begitu ?macam mana nak join segmen ni ? senang sahaja syarat-syarat yang perlu dipatuhi. apa yang anda perlu lakukan hanyalah :


 Gambar anda bersama rakan kelas (jika ada)






gambar ni dirakam pada tahun lepas . masa ni kiteorang pergi main bowling (pasca pmr) . pertama kali dapat berkenalan dengan bowling-bowling ni . pertama kali jugak dapat sentuh dieorang. kesian kan ? macam wanita dari zaman kuno sana :)


 Nyatakan anda bersekolah di mana? 
 sekarang ni reen bersekolah di SMK (P) SULTAN IBRAHIM (sigs) . sekolah ni terletak di bandar johor bahru .selain itu, sekolah ni semuanya perempuan , itu yang di letak (p) tu haa . nak cakap tak best , best apa walaupun semua perempuan . pelajar dengan cikgu dekat sini semuanya sempoi-sempoi . buat pengetahuan semua , reen sekolah dekat sini dari darjah 1 lagi . so , macam bangge la sikit kan ? haha . 


 Nyatakan mata pelajaran yang anda minat? sertakan sekali siapa guru yang mengajar dan kenapa anda minat  mata pelajaran tersebut..
emm , additional mathematics dan modern mathematics . buat masa ni la , mana tahu lepas ni ada terminat mata pelajaran yang lain pulak kan kan ? hee, kenapa minat mata pelajaran ni ? sebab memang dari dulu rasanya minat dengan angka-angka ni , macam dah sebati dengan hidup gitu .. rasa macam dah jadi bestfriend pun ada :) Insyaallah , amin .. oh lupa pulak , tertinggal nama cikgu dia . okey , ditujukan khas untuk puan lakshmi (add maths) dan cik suhaila (modern math) . sayang cikgu ;)


Nyatakan kenangan manis semasa di sekolah. contohnya menang pidato ke, menang main sukan ke dan sebagainya..
kenangan manis ? kenangan pahit tak nak ? hehehe. selama hampir 4 tahun reen sekolah dekat sini , rasanya banyak lah kenangan manis . bukan rasanya , tapi memang bnyak pun . antaranya ialah 8A . bukan nak dibangga-banggakan ea sebab orang kata result pmr tak boleh dibawa ke mana pun .memang betul pun. alhamdulillah tahun lepas (2010) majoriti semua sahabat reen dapat 8A . so , memaag kenangan manis bersama-sama lah . haa , lagi satu boleh? tak silap sewaktu tingkatan 2 atau 3 macam tu la , ada pertandingan tarik tali antara kelas . reen terpilih untuk turut serta .tarik punya tarik, kelas kami dapat tempat pertama :) bangga ni . hee . bukan setakat menang, sampai ada yang tertarik rambut kawan yang disangkakan tali pun ada . haha . 



senang sahaja kan ? jadi apa tunggu lagi , mari lah join beramai-ramai . tarikh tutup pada 16 mac 2011 (rabu) , pukul 11 malam . 

Friday, March 11, 2011

ATIQAH NABILA

its okey olah . kite memahami :) kalau kite jadi awk pown , kite akan jadi mcm tu jugak . so , don't worry be happy okey .. thats what friends should do for friends :)

Wednesday, March 9, 2011

alhamdulillah :)

setelah tiga hari berhempas pulas menggunakan akal fikiran dan kemampuan otak untuk mengingati segala formula dan istilah-istilah serta nama-nama tokoh , berakhirlah ia pada hari ini . namun hanya berakhir untk seketika sebelum diteruskan lagi dgn peperiksaan yang mendatang . itulah rutin hidup seorang pelajar. :)


kini hanya terngiang-ngiang dgn nama mereka mereka seperti mitochondria , lysosomes , phagocytosis , pseudopodium dan angkatan tenteranya yg lain . berlainan pula kisahnya dngan mole = mass over molar mass , cations dan anions . 


mereka akn sentiasa menguasai dan memenuhi ruang ruang di minda kita . sayangilah mereka dengan sepenuh hati anda wahai puteri nurqamarina :) itu sahaja segmen kita pada hari ini, kita berjumpa lagi pada hari yang akan datang , pada waktu yg sama dan di tempat yg sama. sekian , assalamualaikum :) 

Sunday, February 27, 2011

kursus pengukuhan solat .

alhamdulillah , selesai sudah kem solat nie . mmg seram sejuk lah kene jadi fasilitator . bknnye kami kami nie perfect sngt pown tpi kami semua sudah cube yg termampu :) yg paling seksa sikit mase tidur laa . ape ingt kami nie dpt tidur dkt tmpat yg best best ? kalau nak tahu , peserta punye tmpat tidur lagi selesa . kami tidur dgn satu bntal 3 kepala , kaki naik smpai dkt dinding , almaklum tempat agk kecik , tidur 15 org sekali .  haha , tapi adatlah kan . dah name pown kem :) bdk bdk form 1 skarang mmg laen sikit . bkn ape , nakal bdk bdk . ade yg x puas hati lah dgn kumpulan yg mereka dpt. biase lah tu dik , akak dulu pown mcm tu jgk :) haha . walaupown ramai yg mcm tettt sikit , alhamdulillah kump 5 yg dipantau oleh kak reen semuanye ikut kate , baek pown baek . kenyataan okey , bkn nak back up kump sendiri :)

ahli kumpulan 5 terdiri oleh :

  • norshafiqah bt abdul latif
  • izzatul irqin bt johari
  • nurul syakira bt a. rashid
  • nur hanez sabreena bt mohd mohar
  • asha asmida bt mohamed shah
  • nur najiha bt ali
  • akhtar farah zety bt mohd foad
  • nurlyana farrah shary bt mohd jimie
  • nurul najwa bt mohd asri
form 1 punye dah selesai , lps nie form 2 pulak . nasib lah wahai fasilitator sekalian :)

Sunday, February 20, 2011

thanks for calling me :)

terima kasih call aq smalam <3 rindu kau la gile !
cepat cepat laa balik sini .
aq nak jumpe kau , nk mkn dgn kau mcm dulu dulu .  
terharu sngt bile kau masih ingt number aq :)
mcm nak menangis time kau call aq tu .
aq kat sini sunyi taw .
x dpt nak dgr gelak tawa kau yg mmg high pitch tuh .
air dlm botol aq slalu x habis bile time nak balik ,
selalunye mesti habis sbb kau yg tukang menghabiskan :')
nak pergy library pown mcm nak x nak je . hee .
i miss u like crazy la !!  :(

Friday, February 18, 2011

TRAGEDI 17 FEBRUARI

nana and the group's froggie
smalam kiteorng bedah katak . dah mcm doktor pulak dah . kami x de gamba la . yg atas nie pown kawan punye . cube teka sape yg menjerit mase dkt dataran ? puteri nurqamarina bt hamidin lah . haha , bkn takut ea , terkejut je . lps tu terus trauma x nak bwk katak tu naek makmal :) kesian die , dah jadi arwah dah pown . name die jacob tpi lps bedah , tahu tahu die nie betina pulak . so , name die bella :) emmm , nak bedah lagy bole x ? haha .

Thursday, February 17, 2011

oh dear chemistry !

ape bnda alah laa proton number nie semua . haha , nie name die periodic table . khas untuk subjek chemistry atau kimia . still x tahu ape itu periodic table ? search sndiri lah yee . nmpk mcm smpai no 20 je kan , tapi huh bnyk lagy taw . berjela jela . x silap dalam 100 kot :) nasib baek kene hafal takat 20 nie je , kalau x mmg hampeh la den kata . so , sape yg blom hafal tu silalah hafal ye termasuk saye . haha :) nucleon number je yang blom hafal , yg laen dah :) attention , minggu dpn ye sir nak bersoal jawab :D

Sunday, February 13, 2011

lari oh lari :)

haaa , sape yg join larian perdana mahkota smalam ? best kan , smpai cramp dah kaki nie . huhu , mane x nye dah pergi sane jalan kaki , berlari sejauh 3.8 km pulak tu , balik pown jalan kaki nyah . yang penting mmg best lari ramai ramai . lari la sngt kan . haha , berjalan pantas je kot . baru smpai dkt ec , tgok tgok TMJ dah patah balik dah pown . haha , nmpk sngt yg kiteorng nie x lari . nnty semput la :) best mmg best dan ana dah black list satu skola nie . sape suruh buat mcm tu . haishhh , sabar jela . kalau den jatuh mmg den saman bdk tu . ckp mmg brani tapi brani pulak ann nak saman btol btol . warning je :)

Saturday, February 5, 2011

tarappapaa :)

terima kaseh wahai sahabat sahabat sekalian :)
nak melawat atiqah laa sngt kan ? haha
sampai makan dkt SEDAP CORNER lagy .
nasib baek dkt je , boley jln kaki , hee.
korang mmg gedik tady ! haha

najib , thanks for the giftss :)
susah susah je , haha .
ape kes org yg nak pinda kasi hadiah ?
patutnye put yg bg laa . heee .


Friday, February 4, 2011

get well soon my dear :')

atiqah , cepat sembuh okey :) be strong , kite tahu mcm mne sakit die . kuatkan semangat . esok , insyaallah kiteorng melawat awk dkt hosp :) take care

Thursday, February 3, 2011

CS 03.02.2011

walaweyh , first time aq nmpk mcm nie taw . dkt cs hari nie punyelah bnyk mat bangla dgn vietnam . maybe sbb kilang dieorang hari nie sume tutup kot , tu yg jadi mcm nie . hehe. selalunya lautan remaja warga malaysia tapi hari nie menjadi lautan mereka mereka . haha , dkt zoo pown masyaallah , punyelah jam sampai orang park kereta pown sampai berjela jela . hoho , mcm dah xde tempat lagy dah taw dkt jb nie . manusia tertumpu di satu kawasan je :)

Wednesday, February 2, 2011

HAPPY CHINESE NEW YEAR TO ALL :)
HAVE A GREAT DAY ..

here little two boys :)

comel x ? haha , asal aq ade due adik laki haa ? kembar ke ? xde la , bdk nie duduk satu meja dgn kami je . sedara sesama islam :) nie haa tady kat library bwk due bdk kecik yg mmg nakal gile. korang laa , aq ajak gy library x nak. benci ! haha , dah la ramai gile tady . i'm alone tahu . agak seram la jgk , haha . okey , kalau tgok dieorang nie kau perasan x hazira , macam kite time dulu dulu kan ? kau aq deana atiqah laila suriana rasyiqah . cume kite nie teramai sikit drpd bdk berdua kat atas nie :) nyah , aq sayang kau taw . aq nak kau ingat tu . kiteorang sume sayang kau . so jgn jadi mcm kacang yang lupe kan kulit okay :')