Thursday, March 24, 2011

congrates :)

congrates !!
kepada semua yang dapat result cemerlang :)

credits to haziq :
anda memang pandai .
tak nak turunkan ilmu tu dekat reen ke ? 
hee :)

Saturday, March 19, 2011

todays :)


i'm lovin' it . haha , tadi tengok movie beastly :) hero die boleh tahan hensem laa jugak . apa eh nama mamat tu . haa , alex pettyfer . tapi pi tengok movie ber-empat je. thanks to deana , atiqah and last but not least my 'twin' katriya . paling best bila asyik nak gelak je kojo reen dengan twin . 'kita bakor je' itulah tagline kami untuk gelak *sapo yang tengok hantu kak limah balik rumah tahu la apo kebendo yang kami gelakkan tu. tiba kat cs dalam pukul 12 then tunggu ketibaan 'anwar hadi' (haha) . lepas tu , menonong naik pergi cinema beli tiket beastly yang start pukul 2.00 . untuk menghabiskan masa yang terluang , jalan-jalan dekat inner city . cari present tapi hampeh tak jumpa . lepas habis movie , pi kotaraya nak beli refil pen *semata-mata . dah tuh , ape lagi patah balik gi cs . tak ke penat begi orang yang semput nih . sesampainya di cs semula , terus pergi jco sebab dah tak larat lagi . abang , senyum la sikit . terbantut selera makan saya tahu . dah beli jco , beli mcd la pulak . haha, akhir sekali ayah atiq datang menjemput kamikami ni . terima kasih uncle :) have a great day today ! tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii , homework reen x siap lagi . huaaaaaaaahuaaa . 



tak ape , insyaallah boleh siap la esok . esok ? hee , okey hw dah menunggu ni . selamat malam semua :)

Wednesday, March 16, 2011

luahan hati apabila kebosanan .

assalamualaikum :)
okey , malam malam macam ni memang boring gila sebab tak tahu nak buat ape . so , any suggestion ? seriously, memang boring walaupun tadi baru je habis buat karangan . dengan facebook nye yang memang macam tuuuttt , dah tiga empat hari jugak lah , lambat betul benda alah tu nak loading . nak keluar , x kan la anak dara nak keluar malam malam macam nie, x gitu nye yop ? x manis orang tengok aihh .so, dekat sini jela boleh melepaskan kebosanan yang kian bertamu di hati ni . emmm , mengenai tajuk entry ni , konapo ye ? begini lah , ada makhluk Allah ni , subhanallah memang annoying gila . reen pun tak tahu lah macam mana nak terangkan lagi . eh , tak baik bergosip . sudah sudah , jangan dilanjutkan lagi cerita ni , karang free free jo dapat dosa .


 kita cerita pasal benda lain pulak ye ? hee , anda semua mesti ada yang baru lepas exam kan ? jadi , macam mana dengan result , okey tak ? tak apo aihh , reen paham sebab reen pun mengalami situasi yang samo .maklumlah , baru masuk ke tingkatan empat , jadi semuanya dah berbeza . bagi mereka yang dapat result yang memberangsangkan , tahniah reen ucapkan . bagi yang resultnye senasib dengan reen *resultnya dirahsiakan , hak milik kerajaan :), tak apo , kita boleh usaha lagi . bak kato orang putih , 'failure is the mother of success' . kan kan ? jadi , jangan la bersedih sangat , nak bersedih boleh , reen tak larang cuma kalau sekali kita gagal , tak bermakna yang kita akan gagal untuk selama lamanya .

Monday, March 14, 2011

saya pelajar tingkatan 4

assalamualaikum :) baiklah , kenapa tajuk entry ni macam tu ? sebab saya memang pelajar tingkatan 4, hee. sebenarnya , tadi saja-saja  blogwalking , then terjumpa yang BPM (blog pilihan malaysia) ada anjurkan satu segmen ni khas untuk pelajar sekolah . dengan hati yg terbuka , reen pun nak join segmen tu . saja nak mencuba :)

                                                  http://blogpilihanmalaysia.blogspot.com/

yang tertera di atas ini adalah link untuk BPM . kalau korang tergerak hati ke nak join apa salahnya , dialu-alukan lagi . tekan sahaja link yang tertera tu . lagi ramai , lagi meriah. tak begitu ?macam mana nak join segmen ni ? senang sahaja syarat-syarat yang perlu dipatuhi. apa yang anda perlu lakukan hanyalah :


 Gambar anda bersama rakan kelas (jika ada)






gambar ni dirakam pada tahun lepas . masa ni kiteorang pergi main bowling (pasca pmr) . pertama kali dapat berkenalan dengan bowling-bowling ni . pertama kali jugak dapat sentuh dieorang. kesian kan ? macam wanita dari zaman kuno sana :)


 Nyatakan anda bersekolah di mana? 
 sekarang ni reen bersekolah di SMK (P) SULTAN IBRAHIM (sigs) . sekolah ni terletak di bandar johor bahru .selain itu, sekolah ni semuanya perempuan , itu yang di letak (p) tu haa . nak cakap tak best , best apa walaupun semua perempuan . pelajar dengan cikgu dekat sini semuanya sempoi-sempoi . buat pengetahuan semua , reen sekolah dekat sini dari darjah 1 lagi . so , macam bangge la sikit kan ? haha . 


 Nyatakan mata pelajaran yang anda minat? sertakan sekali siapa guru yang mengajar dan kenapa anda minat  mata pelajaran tersebut..
emm , additional mathematics dan modern mathematics . buat masa ni la , mana tahu lepas ni ada terminat mata pelajaran yang lain pulak kan kan ? hee, kenapa minat mata pelajaran ni ? sebab memang dari dulu rasanya minat dengan angka-angka ni , macam dah sebati dengan hidup gitu .. rasa macam dah jadi bestfriend pun ada :) Insyaallah , amin .. oh lupa pulak , tertinggal nama cikgu dia . okey , ditujukan khas untuk puan lakshmi (add maths) dan cik suhaila (modern math) . sayang cikgu ;)


Nyatakan kenangan manis semasa di sekolah. contohnya menang pidato ke, menang main sukan ke dan sebagainya..
kenangan manis ? kenangan pahit tak nak ? hehehe. selama hampir 4 tahun reen sekolah dekat sini , rasanya banyak lah kenangan manis . bukan rasanya , tapi memang bnyak pun . antaranya ialah 8A . bukan nak dibangga-banggakan ea sebab orang kata result pmr tak boleh dibawa ke mana pun .memang betul pun. alhamdulillah tahun lepas (2010) majoriti semua sahabat reen dapat 8A . so , memaag kenangan manis bersama-sama lah . haa , lagi satu boleh? tak silap sewaktu tingkatan 2 atau 3 macam tu la , ada pertandingan tarik tali antara kelas . reen terpilih untuk turut serta .tarik punya tarik, kelas kami dapat tempat pertama :) bangga ni . hee . bukan setakat menang, sampai ada yang tertarik rambut kawan yang disangkakan tali pun ada . haha . 



senang sahaja kan ? jadi apa tunggu lagi , mari lah join beramai-ramai . tarikh tutup pada 16 mac 2011 (rabu) , pukul 11 malam . 

Friday, March 11, 2011

ATIQAH NABILA

its okey olah . kite memahami :) kalau kite jadi awk pown , kite akan jadi mcm tu jugak . so , don't worry be happy okey .. thats what friends should do for friends :)

Wednesday, March 9, 2011

alhamdulillah :)

setelah tiga hari berhempas pulas menggunakan akal fikiran dan kemampuan otak untuk mengingati segala formula dan istilah-istilah serta nama-nama tokoh , berakhirlah ia pada hari ini . namun hanya berakhir untk seketika sebelum diteruskan lagi dgn peperiksaan yang mendatang . itulah rutin hidup seorang pelajar. :)


kini hanya terngiang-ngiang dgn nama mereka mereka seperti mitochondria , lysosomes , phagocytosis , pseudopodium dan angkatan tenteranya yg lain . berlainan pula kisahnya dngan mole = mass over molar mass , cations dan anions . 


mereka akn sentiasa menguasai dan memenuhi ruang ruang di minda kita . sayangilah mereka dengan sepenuh hati anda wahai puteri nurqamarina :) itu sahaja segmen kita pada hari ini, kita berjumpa lagi pada hari yang akan datang , pada waktu yg sama dan di tempat yg sama. sekian , assalamualaikum :)