Monday, March 14, 2011

saya pelajar tingkatan 4

assalamualaikum :) baiklah , kenapa tajuk entry ni macam tu ? sebab saya memang pelajar tingkatan 4, hee. sebenarnya , tadi saja-saja  blogwalking , then terjumpa yang BPM (blog pilihan malaysia) ada anjurkan satu segmen ni khas untuk pelajar sekolah . dengan hati yg terbuka , reen pun nak join segmen tu . saja nak mencuba :)

                                                  http://blogpilihanmalaysia.blogspot.com/

yang tertera di atas ini adalah link untuk BPM . kalau korang tergerak hati ke nak join apa salahnya , dialu-alukan lagi . tekan sahaja link yang tertera tu . lagi ramai , lagi meriah. tak begitu ?macam mana nak join segmen ni ? senang sahaja syarat-syarat yang perlu dipatuhi. apa yang anda perlu lakukan hanyalah :


 Gambar anda bersama rakan kelas (jika ada)






gambar ni dirakam pada tahun lepas . masa ni kiteorang pergi main bowling (pasca pmr) . pertama kali dapat berkenalan dengan bowling-bowling ni . pertama kali jugak dapat sentuh dieorang. kesian kan ? macam wanita dari zaman kuno sana :)


 Nyatakan anda bersekolah di mana? 
 sekarang ni reen bersekolah di SMK (P) SULTAN IBRAHIM (sigs) . sekolah ni terletak di bandar johor bahru .selain itu, sekolah ni semuanya perempuan , itu yang di letak (p) tu haa . nak cakap tak best , best apa walaupun semua perempuan . pelajar dengan cikgu dekat sini semuanya sempoi-sempoi . buat pengetahuan semua , reen sekolah dekat sini dari darjah 1 lagi . so , macam bangge la sikit kan ? haha . 


 Nyatakan mata pelajaran yang anda minat? sertakan sekali siapa guru yang mengajar dan kenapa anda minat  mata pelajaran tersebut..
emm , additional mathematics dan modern mathematics . buat masa ni la , mana tahu lepas ni ada terminat mata pelajaran yang lain pulak kan kan ? hee, kenapa minat mata pelajaran ni ? sebab memang dari dulu rasanya minat dengan angka-angka ni , macam dah sebati dengan hidup gitu .. rasa macam dah jadi bestfriend pun ada :) Insyaallah , amin .. oh lupa pulak , tertinggal nama cikgu dia . okey , ditujukan khas untuk puan lakshmi (add maths) dan cik suhaila (modern math) . sayang cikgu ;)


Nyatakan kenangan manis semasa di sekolah. contohnya menang pidato ke, menang main sukan ke dan sebagainya..
kenangan manis ? kenangan pahit tak nak ? hehehe. selama hampir 4 tahun reen sekolah dekat sini , rasanya banyak lah kenangan manis . bukan rasanya , tapi memang bnyak pun . antaranya ialah 8A . bukan nak dibangga-banggakan ea sebab orang kata result pmr tak boleh dibawa ke mana pun .memang betul pun. alhamdulillah tahun lepas (2010) majoriti semua sahabat reen dapat 8A . so , memaag kenangan manis bersama-sama lah . haa , lagi satu boleh? tak silap sewaktu tingkatan 2 atau 3 macam tu la , ada pertandingan tarik tali antara kelas . reen terpilih untuk turut serta .tarik punya tarik, kelas kami dapat tempat pertama :) bangga ni . hee . bukan setakat menang, sampai ada yang tertarik rambut kawan yang disangkakan tali pun ada . haha . 



senang sahaja kan ? jadi apa tunggu lagi , mari lah join beramai-ramai . tarikh tutup pada 16 mac 2011 (rabu) , pukul 11 malam . 

3 comments:

drop by puteri nurqamarina <3