Sunday, July 31, 2011

selamat menyambut bulan ramadhan !


selamat hari raya ! eh , belum lagi lah . selamat berpuasa buat seluruh umat islam . 


selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak tahun ini
dengan penuh keikhlasan dan ibadat kepada Allah s.w.t.
jangan lupa solat tarawikh :)
(pinjam ayat orang :)


Malaysia vs Singapore

huru-hara sekolah bercerita mengenai bola . yang sebelah sana bercerita pasal lakonan yang bertaraf antarabangsa lah. yang sini bercerita pasal khairul fahmi lah. yang kat atas bercerita pasal mamat ni tak habis nak jatuhjatuh lah. memang gempak punye !! walaupun malaysia kalah dengan aggregate 6-4, tapi mereka kalah dengan maruah . memanglah rasa tersentap tu ada, tapi kalau fikirfikir balik baik kalah daripada menang dengan cara yang macam tu kan kan. reda je lah , insyaallah ada hikmah di sebalik semua ini. mana tahu nanti lagi beberapa tahun akan datang , malaysia dapat masuk world cup pulak kan . siapa tahu kalau dah rezeki masa tu ? amin :)

Sunday, July 24, 2011

senai airport dah makin maju ;)

wah wah wah , airport dekat senai ni dah makin maju tahu . ke aku yang dah lama tak pergi sana ? heee , memang dah sepuluh tahun pun tak menjejakkan kaki kat sana . almaklumlah jauh sangat , kite ni duduk dekat tengah-tengah bandar :) dulu orang kata airport senai tulah tempat yang paling boring nak pergi sebab takde pape pun dekat sana . TAPI sekarang hohoo bukan main maju dah . dah macam shopping complex dah kalau sekali tengok . sampai ada secret recipe, mph, body shop, marrybrown, al-ikhsan dah. dulu-dulu mana ada bende alah macam ni . sekali tengok dah macam cs . tapi tak sesesak cs lah :) well, semalam baru pergi . tu yang nak cerita sikit ni . masuk masuk je semua jakun . macam orang hulu masuk bandar :D tapi yang paling gempak masa tengah jalanjalan menjelajah airport tu , ternampak kelibat sepasang suami isteri yang macam pernah tengok . rupa-rupanya ! ustazah siti nor bahyah dengan suami dia , ustaz wan akasyah . alah, yang pengacara semanis kurma tuh . tapi tak sempat nak salam pulak :( sweet je dieorang jalan together. awwwww :)

ni haaa ! 
lepas ni siapa yang tak berkesempatan nak pergi airport , jom kita buat lawatan pergi sana :) jomm !!

Sunday, July 17, 2011

harap maaf .

saya sebagai pemilik blog ini ingin memohon maaf kerana sudah lama tidak mengemaskinikan blog ini. setelah semuanya kembali berjalan dengan lancar , blog ini akan diupdate seperti biasa . harap maaf :( hee

Sunday, July 3, 2011

mari kita , mari kita

salam :) semalam ada larian 1 murid 1 sukan . alahhh , yang buat serentak satu malaysia tuh . tapi macam tak serentak je .heee , mula-mula jelah jalan sama-sama , lepastu terus kene tinggal . huaaa , orang semput memang selalu kena tinggal hihihihi :) yang setia menemaniku hanyalah cik deana dan cik tebu . fuhhh even 1.5 km , tapi wa cakap sama lu memang penat dohh . lepas itu ada hari usahawan . ingatkan boleh lah turun sikit berat badan ni kan , tapi hampehh . pantang nampak makanan . tambah pulak dengan si deana ni yang teman :) mari makannn !!! nak balik , kene tahan dengan pak guard . so , terpaksalah balik pukul 12.30 (waktu asal) 


lepastu lepastu lepastu , ada kenduri dekat rumah sue . alah yang dekat jalan rubi tuhh :) makan laagi ? ehhh , rezeki jangan di tolak ! heee , dah lah datang datang je jadi tumpuan . malu mak nyahhh ! mana taknya , datang tepat tepat time orang tengah tahlil . hahahhaa . buat muka tebal sudah . sementara menunggu giliran untuk menghiburkan perut , sempat pulak si deana ni ajak buat origami . tak ke sengal ? haha , masa itu kan emas :) dekat sini jumpa banyak baby . comeeeellllll :) 




uncle , saya letak gambar anak uncle eh ? comel sangat lah :) nama die adam . die tidur punyalah lena . statik je reen tengok . start drpd kene baringkan sampailah die terjaga sendiri heee . siap dapat baring atas bantal love love lagi taww . mesti handsome budak ni kalau dah besar :)