Saturday, June 25, 2011

hari sukan ..


alahai , ini kalau dapat baring memang sedap . skru-skru yang ada pada kaki pun dah nak tercabut dah . okey , tahun ini punya hari sukan tak berapa nak meriah lah . yang datang pun tak ramai . lagi menyedihkan bila rumah merah dapat nombor 3 . huahuaa.. TAHNIAH kepada rumah biru sebab telah dinobatkan sebagai juara pada tahun ini. next , formation untuk ninja pun okey okey je kot sebab ada masalah teknikal . so , kena buat balik dari start from the start . huuuu . tapi tak pe sebab ni mungkin ujian daripada Allah yang nak duga kite semua . insyaallah tahun depan punya lagi meriah dan lagi best ? siapa tahu kan ?? amin.. jadi setakat di sini sahaja cerita saya untuk hari ini . sekian , assalamualaikum :)

Thursday, June 23, 2011

oh penat !



semalam merupakan raptai sukan di stadium . ohhhh , sangat memenatkan ! sampai je , kene tunggu budak ec habiskan dieornag punya sports day :) then , masa raptai tuh , kene bagi laluan sekejap dekat budak athlets untuk acara sebelum sukan . ninja's formation dah nak hujung-hujung jugak , so kene tunggu . amik giliran dulu ! Hahahhaha . masa raptai senpai ada datang dengan kak anna :) kira raptai ni ok lagi daripada raptai dekat sekolah . raptai kat sekolah start pagi . buat raptai sampai dua kali . petang pulak ada training . memang superb la !? kiranya berkorban demi hari sukan , yelah hari sukan pun setahun sekali je kan :) sesiapa yang nak datang , kami alu-alukan . sabtu (25.06.2011) , pagi , stadium larkin. :)


!!GO RED HOUSE GO !! :)

Tuesday, June 14, 2011

results :/


result ? keputusan ? mid-year exam ? dapat berapa ? keputusan kali ini agak teruk :( itulah , siapa suruh main-main. mak suruh belajar , online je keje. nak menyesal pun dah tak guna. nasi sudah jadi bubur . tapi alhamdulillah semua lulus :) okey lah tuh . nanti akhir tahun punye , saya struggle betul-betul ! dah tak boleh nak main-main dah . tahun depan dah nak form 5 , haishhhh ! nak cakap result kali ini teruk , tak la teruk sangat cuma takde banyak peningkatan lah . kita usaha lagi selagi ada masa ni . usaha itu tangga kejayaan ..s.c.a.r.y.. physics, tomorrow come to mama dear ?!

luahan hati seorang pelajar . 

Sunday, June 12, 2011

esok dah sekolah !

salam semua :) dengan ini saya umumkan bahawa esok cuti ! haaaha , kalau nak cuti , sila amik mc sendiri yopp. cuti selama 2 minggu yang bakal berakhir ni xde benda yang menarik pun berlaku . rutin yang sama je cik asyik buat . bangun makan tidur. haa, tipu lah . masa first week hols tu malas malas sayang nak buat homework . asal nak buat je , nantilah lapar pulak. terus tutup buku , huaahuaaahuaaa ! pemalas punye budak :) bile hols dah nak habis baru terhegeh-hegeh nak buat . tak macam huru-hara pulak kan dibuatnya . serabot otak . tulah lain kali sediakan payung sebelum hujan. okey, stop !! believe it or not , tadi baru nak buat karangan bm dgn math mode ==' sorry cik suhaila & puan zubaidah . ceyh , ada aku kesah ? heee, saja je nak bagi tahu . sharing is caring , caring is loving :) see how i have done my 'terbengkalai' works :D



sebelom = buku karangan yang kosong 

selepas = buku karangan yang dipenuhi :)

Monday, June 6, 2011

sweet time with siblings :)


say hello to budak tembam :) muahhh, tadi dapat jalan jalan . macam kanak kanak betol lah. hee, best jugak jalan dengan adik beradik . bukan jalan jalan dalam rumah ye :p atas permintaan seorang budak , kami tengok wayang :) cerita kungfu panda 2 3D . boleh tahan best jugak lah. suke tengok panda tu . die cute timee die baby . 'inner peace'. then, jalan dan jalan dan jalan dan jalan dan jalan dan jalan lagi. berapa banyak jalan daa?! pak cik , jangan tengok saya macam tu boleh tak ? takut laa. saya ni bukannye artis atau model ke. tak payah laa tengok saya ni macam nampak alien ==' . errr , okey lah. tuan puteri natasha nak menghadap lappy ni pulak ;) insyaallah, jumpe esok :) salam.

seee ? awalkan kiteorang pergi :)
sorry, tak banyak gambar. malas nak tangkap sebenarnya :D

Sunday, June 5, 2011

boring holiday

bila sekolah nak start ? boring betul lah duduk terperap dekat rumah ni. biasanya memang macam ni lah lumrah hidup seorang pelajar . bila cuti sekolah, tak sabar nak pergi sekolah. bila hari sekolah pulak, dok tanya bila lah nak cuti sekolah :) haishhh, memang lumrah hidup betul . jom la jalan jalan ke , makan angin ke , pergi LONDON ke ?? haahaa , kalau duit ada takpe jugak. ni pun mintak duit drpd mak ayah . hee :) selamat bercuti semua . manfaatkan lah masa seminggu yang tinggal ni :)