Friday, March 9, 2012

tahun baru :)

wah, assalamualaikum :) lama betul rasanya dah tak update blog ni. sorylah blog tersyayang, orang busy nak spm memang macam ni. cehh !, macam laa busy sangat. bukannya duduk rumah tu asyik study :) hee, saya disini ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua ! sebelum nak pergi bercuti tu, siapkanlah homework yang cikgu bagi sebelum exam hari tu ye :) alhamdulillah, exam pertama akhirnya melabuhkan tirainya . wohooo, excited gila ni bila waktu untuk berhempas pulas menjawab soalan yang super duper tu berakhir. okeylah, nanti kita sambung lagi eh . adios amigos :)

Wednesday, November 16, 2011

same examination , different people !

teringat zaman dahulu kala apabila menunggu nama dipanggil oleh guru dengan penuh debaran. kadang kala terlintas juga difikiran ini, adakah nama aku akan dipanggil ? ada ke dalam senarai tu ? heee, itulah pengalaman yang sudah dua kali dialami oleh put. sekarang sudah tiba pula masanya untuk adik put pulak yang mengalaminya . setakat upsr je kot :) hee, wish you all good lucks esp to my 'beloved' sister :) good luck babe. just be cool and pray for your success (dah lepas memanglah senang cakap !) 


Tuesday, October 4, 2011

goodluck to pmr candidates :)

kepada mereka yang sedang menduduki peperiksaan pmr , semoga berjaya menjawab kesemua mata pelajaran yang telah anda ambil :) gerun tak masa first day ? terkenang pulak masa tahun lepas . pelbagai ragam ada :) okey laa, wish you all goodlucks and don't forget to pray ! pray for your success :)

adam azman :) pmr-ians
haris azmi :) goodluck !
farzana katriya :) answer with big smile !

Sunday, September 4, 2011

selamat hari raya :)

assalamualaikum :)

minta maaf sebab hari ni baru sempat mengupdate blog yang tercinta ni . yelah , memanjang beraya kan ! walaupun bunyinya macam dah terlambat nak ucapkan selamat hari raya pada 6 syawal ini , saya tetap nak berucap jugak :) saya disini ingin memohon maaf sekiranya pernah buat salah atau kadang-kadang tu terbuat salah . yelah, mulut ni pun kadang kala terlaser jugak . cakap main hembus je, bukan nak fikir dulu . kepada anda anda yang tengah membaca blog ini , sudi-sudikanlah memaafkan diriku yang serba kekurangan ini :) sebab saya sudah pun memaafkan anda semua . heee. selamat hari raya aidilfitri !! maaf zahir dan batin . esok jangan tak pergi sekolah pulak ye :)




Sunday, July 31, 2011

selamat menyambut bulan ramadhan !


selamat hari raya ! eh , belum lagi lah . selamat berpuasa buat seluruh umat islam . 


selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak tahun ini
dengan penuh keikhlasan dan ibadat kepada Allah s.w.t.
jangan lupa solat tarawikh :)
(pinjam ayat orang :)


Malaysia vs Singapore

huru-hara sekolah bercerita mengenai bola . yang sebelah sana bercerita pasal lakonan yang bertaraf antarabangsa lah. yang sini bercerita pasal khairul fahmi lah. yang kat atas bercerita pasal mamat ni tak habis nak jatuhjatuh lah. memang gempak punye !! walaupun malaysia kalah dengan aggregate 6-4, tapi mereka kalah dengan maruah . memanglah rasa tersentap tu ada, tapi kalau fikirfikir balik baik kalah daripada menang dengan cara yang macam tu kan kan. reda je lah , insyaallah ada hikmah di sebalik semua ini. mana tahu nanti lagi beberapa tahun akan datang , malaysia dapat masuk world cup pulak kan . siapa tahu kalau dah rezeki masa tu ? amin :)

Sunday, July 24, 2011

senai airport dah makin maju ;)

wah wah wah , airport dekat senai ni dah makin maju tahu . ke aku yang dah lama tak pergi sana ? heee , memang dah sepuluh tahun pun tak menjejakkan kaki kat sana . almaklumlah jauh sangat , kite ni duduk dekat tengah-tengah bandar :) dulu orang kata airport senai tulah tempat yang paling boring nak pergi sebab takde pape pun dekat sana . TAPI sekarang hohoo bukan main maju dah . dah macam shopping complex dah kalau sekali tengok . sampai ada secret recipe, mph, body shop, marrybrown, al-ikhsan dah. dulu-dulu mana ada bende alah macam ni . sekali tengok dah macam cs . tapi tak sesesak cs lah :) well, semalam baru pergi . tu yang nak cerita sikit ni . masuk masuk je semua jakun . macam orang hulu masuk bandar :D tapi yang paling gempak masa tengah jalanjalan menjelajah airport tu , ternampak kelibat sepasang suami isteri yang macam pernah tengok . rupa-rupanya ! ustazah siti nor bahyah dengan suami dia , ustaz wan akasyah . alah, yang pengacara semanis kurma tuh . tapi tak sempat nak salam pulak :( sweet je dieorang jalan together. awwwww :)

ni haaa ! 
lepas ni siapa yang tak berkesempatan nak pergi airport , jom kita buat lawatan pergi sana :) jomm !!